• One of the leading suppliers of bespoke cellulose sponges, manufactured exclusively in the UK.
1 2 3 4 5

Selamat datang ke Suvic Products Limited

Suvic Products Limited telah ditubuhkan sejak tahun 1991 sebagai pengeluar produk span selulosa lembap dan termampat yang berkualiti tinggi. Semua produk kami dikilangkan secara eksklusif di kilang kami di UK serta mesra alam, terbiodegradasikan sepenuhnya, boleh dicuci dengan mesin dan juga boleh dirawat dalam autoklaf.

 

Walaupun kami sudah pun mempunyai rangkaian produk dan dimensi standard yang luas yang terdapat dalam portfolio kami, kekuatan kami ialah dalam mengeluarkan produk yang ditempah untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan.

 

Sifat unik span selulosa menjadikannya produk yang amat serba guna dan kami membekalkan kepada para pelanggan dalam pelbagai industri, seperti: pembersihan rumah & profesionalpercetakankosmetikperubatan & saintifikautomotifpromosipendidikan,penjagaan lantai dan sebagainya.

 

Kebanyakan produk kami boleh dibekalkan dalam bentuk lembap atau ‘termampat’ – kami adalah salah satu daripada hanya sebilangan kecil pengeluar di seluruh dunia yang mempunyai keupayaan untuk memampatkan span selulosa.

 

Span termampat (sering dirujuk sebagai span ‘timbul’ atau ‘magik’) mempunyai sifat yang sama sebagaimana span lembap standard apabila dikembangkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaannya yang dimampatkan, ia benar-benar unik. Kami memampatkan span kami kepada kira-kira satu persepuluh daripada saiz asalnya, mis. span setebal 25 mm akan dimampatkan kepada kira-kira 2.5 mm tebal. Pada tahap ini, span itu memberikan ciri-ciri yang unik. Satu ciri yang jelas adalah ruang storan lebih kecil diperlukan berbanding span biasa.

 

Kualiti unik lain yang terdapat pada span termampat ialah keupayaan untuk mencetak hampir apa-apa logo atau reka bentuk pada span, yang menjadikannya sempurna untuk tujuan penjenamaan atau pengiklanan. Terdapat juga “faktor wow” tambahan apabila span dikembangkan oleh pengguna akhir.

 

Setelah dimampatkan – logo, imej  atau mesej pengiklanan syarikat anda yang lain boleh dicetak dengan mudah. Kami menawarkan kedua-dua pencetakan skrin warna tunggal dan pencetakan pemindahan warna penuh.

 

Bagi sektor perubatan & saintifik kami juga boleh menyediakan span selulosa termampat (dalam helaian penuh, atau pelbagai bentuk & saiz) tanpa biosid (mis. tanpa “quat” – Alkil Dimetil Benzil Ammonium Klorida).

 

Beberapa pilihan pembungkusan untuk produk siap juga boleh didapati. Kami boleh menawarkan pembungkusan pukal, beg unit tunggal dan berbilang unit serta pembalutan aliran dengan atau tanpa sisipan atau label. Kami memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berlainan dan sekiranya rangkaian produk semasa kami tidak memenuhi keperluan anda, kami sedia berbincang dengan anda mengenai keperluan khusus anda.